Dalam jam 4 petang tadi aku dapat call dari Wan tentang ayah Enon yang meinggal dunia kerana kanser hati. Terkejut juga. Aku bgtau Wan yang aku akan ke Ampang lepas Maghrib kerana aku dah janji nak ke rumah Mak Abah lepas Asar.
Jadi lepas Maghrib aku pon bawa kereta ke Ampang sambil kepala aku dok pikir macamana ye aku nak berdepan dengan sahabat yang baru kehilangan orang yang disayangi. Bukan aku tak pernah menziarahi jenazah tapi rasanya setiap ziarah tu tak sama reaksi orang2nya. Ditambah aku pergi sorang je tadi. Bila sampai kat rumah Enon, aku ambil masa 5 minit untuk prepare kan minda aku untuk worst case scenario. Aku sampai ke rumah Enon dan terus masuk ikut pintu belakang. Segan nak masuk ikut pintu depan memandangkan ramai orang kat situ. Aku mencari wajah2 yang familiar. Takda pulak. Aku salam ngan wanita2 yang ada kat situ. Kemudian muncul Mak Enon. Aku pon salam dia. Tapi Mak Enon aku nampak tenang aje. Enon dalam bilik solat. Masa aku cari spot untuk duduk, aku nampak Wan. Lepas salam dan berpelukan dan bertanya khabar serba sedikit, aku pon mulakan bacaan Yassin. Selesai membaca baru aku nampak Enon. Aku peluk dia kuat agar dia pon mendapat sedikit kekuatan itu. Enon aku lihat begitu penat. Katanya, dia sendiri hampir pengsan di hospital tadi. Air mata pon dah tak mampu keluar. Semoga Allah cucuri rahmat pada arwah ayahandamu Enon. Al-Fatihah.
Aku terfikir sejenak dibalik suara anak2 dari tahfiz Sg Buloh mengalunkan bacaan Yassin tadi. Adakah kematian aku nanti akan ada yang mendoakan dan mengalunkan Yassin? Apa agaknya yang akan aku bawa nanti? Ilmu dan amal? Terlalu sedikit. Sedekah jariah, rasanya belum memadai. Doa anak yang saleh/salehah? Kawin pon belum lagi.
Insaf juga hati ini. Sememangnya menziarah jenazah ini boleh dijadikan ubat untuk jiwa. Cuma aku takut ubat ini tidak lama kesannya. Nauzubillah.
2 months ago

2 comments:
innalillahi wainna ilaihi rojiun
Terlalu banyak kematian aku dengar lately. Makin mendekatkan aku pada mati.
Aku juga macam kau.
Yang aku paling takut, saat kedua mak bapak aku mengadap Ilahi tanpa aku bergelar isteri...
Aku tak mau membebankan abah dengan dosa aku selagi aku masih belum berkahwin. Kesian Abah!
Aku harap Allah bagi peluang utk aku membahagiakan keduanya, salah satunya dengan menikah. Mendapat suami yg soleh, insyaAllah. Meh kita usaha dan istiqomah mengumpul pahala...
Amin chee....
Sedih pulak aku baca kata2 ko nie...
Post a Comment