Dari malam tadi aku dok sibuk mengira2 baki dalam akaun bank aku. Ye lah kan..bulan raya so duit pon mengalir keluar dengan lajunya. Ditambah pulak aku outstation sebelum raya jadi kena dahulukan duit sendiri untuk bayar minyak dan tol, hotel pakai kad kredit aje. Claim pulak baru aku baru submit semalam. Kira sengkek yang amat la sekarang. Dan satu lagi tabiat aku ialah, aku tak suka tengok ada hutang dalam kad kredit. Kira kalau pakai kad aku akan terus setel walaupon statement tak sampai lagi. Dan oleh kerana tabiat aku nie la...duit gaji aku cepat surut. Tapi kalau claim dapat memang mokcik kayo la (kayo di sini ialah duit lebih sikit untuk setelkan hal2 peribadi..bukanlah kayo jutawan tuh yer). Okay...back to the story.
Semalam Mici telah transfer secara online RM400 ke akaun aku yang dah sememangnya amat surut dengan intention untuk aku tolong keluarkan guna kad MEPS aku memandangkan kad MEPS dia hilang. Aku pulak dengan kompidennya ingatkan tu duit barang IKEA yang aku tolong bayarkan guna kad kredit aku last week dan Mici nak ganti. So aku pon dengan pantasnya menggunakan duit itu untuk mengclearkan baki kad kredit aku secara online. Tak sampai 5 minit lepas aku dah setel Mici call bagitau nak mintak tolong keluarkan duit tuh. Aku pon panik la kan pasal dalam bank cuma tinggal seratus lebih aje, kira ngam2 untuk aku hidup sampai next paycheck. Camna nak ganti duit Mici tuh. Nasib bek Juli tolong transfer duit flight yang kitorang book last month tapi still tak cukup untuk aku ganti ke Mici.
Then pagi nie aku gie keje ngan bawak buku ASB, kiranya last resort la untuk gantikan duit RM400 kepada Mici. Ye la...Mici nak pakai duit untuk buat IC dan lesen kereta pasal handbag dia hilangkan. Jadi, aku pon ke MEPS pepagi nie dengan niat aku akan keluarkan apa aje duit yang aku ada dan kemudian ke bank untuk top up dari ASB apa yang kurang supaya Mici ada duit untuk setelkan urusan dia. Bila aku tekan baki untuk confirm terkezut aku tetiba baki duit aku bertambah....wohoooooo. Rupanya ada claim lama yang baru dibank in. Terus aku keluarkan RM400 dan yang baki tu aku reserve untuk setelkan baki kad kredit. Tengahari sikit, aku dapat call dari HR minta ambil cek. Alhamdulillah, rezeki dari Allah lagi. Lepas tu, balik kerja tadi aku dok layan Mix FM then ada la pertandingan nie dan aku pon mencuba nasib la kan pasal aku macam kenal lagu dan penyanyi tuh. Berkali2 aku dail nombor MIX dan masa cubaan yang keberapa kali tetiba aku dengan bunyi ringing. Pastu dengan sora angkat dan tanya lagi sekali apa tekaan aku. Aku jawaplah "Rush Rush" by Paula Abdul. Sekali tekaan aku betul la. Aku menang cash lagi. Tak besar sangat jumlahnya bagi sesetengah orang tapi untuk aku significant jugakla. Macam tak caya jek telinga aku dengar tadik. Then sebelum Maghrib tadi DJ ini tepon la aku untuk amik details. Ramah orang nya. Sambil2 amik detail tuh kitorang dok sembang la macam2 sampai aku tau dia lahir tahun berapa hokeh! Dah la aku pon memang minat yang amat kat dia. Minat dia nye celoteh aje...bukan botaknye ye. Nasib bek dia tau aku nak bukak posa...so idok la melarat2 kitorang sembang kat phone tadi.
Bermunga-munga ati aku sekarang. Hari yang aku rasakan mondom di awalnya telah bertukar gumbira di akhirnya. Betapa besarnya kuasa Allah mengubah nasib hambanya dalam tempoh satu hari. Subhanallah. Dan aku kena beringat, Allah memberi dengan mudah dan kalau Dia nak ambil pon dengan mudah juga. Nauzubillah.
2 months ago

7 comments:
Ni dah mcm kais pagi, makan pagi. Atau gali lubang, tutup lubang. Yg mana lebih sesuweii?
errr..terjun lubang then kambus sendirik...boleh??? hehehehe
berapa????
boleh belanja uncle la kalu lagu ni..
mrs noba...dah bagitau nooo...
uncle...bila nak dating????
Wahhh! alhamdulilah syukur!
Allah takkan sesekali sempitkan rezeki hambaNya yg bersyukur dan mengingatiNya.
Makcik baru je cite pasal recession kat blog. hehehe...
Your style on zerorise kedit kad mmg wajar dipuji dan ditiru.
hehehe...boleh ditiru...tapi tak boleh dipuji lagi...
Post a Comment