Saturday, September 27, 2008

Rumah Tok

Akhirnya, tiba la juga aku sekeluarga ke rumah Tok terchenta. Suasana masih sama...sunyi. Yang ada di rumah ini hanya Pak Su dan Mak Su. Jadi, seperti biasa selepas bersalam-salaman, aku akan menuju ke bilik di tingkat atas. Mengemas dan memasang cadar di bilik yang lama tidak berpenghuni sambil menunggu Mak selesai solat. Gatal pula tangan aku nak tangkap gambar suasana di tingkat atas rumah arwah Tok ni.

Selesai aku solat, terus aku pengsan sampai waktu buka puasa. Entahlah, kenapa penat beno rasanya badan ini. Selesai berbuka dan solat Maghrib, Mak Su ajak aku meneman dia ke Sunshine kerana ada jualan murah sempena Hari Raya. Lagipun jualan murah ini hanya untuk hari ini aje, aku pon bersetuju. Selalunya, tugasan membawa Mak Su ke tempat membeli belah ni dipegang oleh adik aku tapi dah tahun nie dia tak balik raya di Penang jadi aku la kena ambil alih.

Pengalaman ke Sunshine di Pulau Pinang ini bagi aku amat mengejutkan. Bukan kerana orang yang terlalu ramai, atau barang yang sememangnya murah. Tapi kerana, dalam ramai2 orang yang memenuhi pasaraya ini, aku dapat mengira berapa ramai orang Melayu yang ada. Majoritinya adalah cha ya nun alif. Ratio dalam 1:50. Terkujat pon yer jugak. Tak rasa macam kat Malaysia pulak tadik. Dan yang aku hairan, diorang pulak yang over membeli dari orang kita yang nak beraya nie. Minyak berbotol2, gula berbungkus2, susu bertin2. Kiranya, tak main la depa nak ambil satu item satu aje. Mesti lebih. Jadi. aku pon interview Mak Su aku. Memang begini ke suasananye? Mak Su aku kata, nie mende biasa. Kalau Milo sale, mau satu troli penuh Milo diorang nie angkut. Macam nak simpan stok perang la gayanya. Ish...kronik sangat nie. Kat KL pon idok ler begini kiasunya orang2 kat sana bila ada sale. Sini...memang lain macam la suasananya. Dan aku memang tak koser nak dok lelama dalam tuh. Kalau gini la gayanye...mau Pulau nie penuh orang depa aja.

Then tadi, baru aje selesai lepak ngan Mak dan Mak Su. Seperti biasa, aku akan jadi tukang kira dan bubuh duit zakat mak dalam sampul untuk di agih2kan pada orang2 yang memerlukan. Mak Su pula in charge untuk tolong pass sampul2 tuh. Lepas tu, Mak bagi kat Mak Su telekung yang aku belikan kat Bandung tempoh hari. Suka Mak Su. Ye la...Mak Su takdak anak pompuan. Sumer laki. Jadi kengkadang aku boleh rasa yang Mak Su pon teringin nak ada anak pompuan yanng boleh tolong teman dia ke hulu dan ke hilir. Belikan barang2 pompuan nie. Kerana itu, Mak selalu ingatkan aku, kalau beli apa2 untuk Mak, belikan sekali untuk Mak Su. Aku akur. Ada rezeki lebih, aku belikan apa2 yang patut untuk dua wanita yang aku sayang nie. Dulu masa ada Tok, aku ada 3 wanita spesel.

Esok, aku takdak plan apa2 lagi. Tapi hari Isnin nanti aku nak kena pergi USM jap untuk check rumah tetamu dia. Kalau OK, aku akan book terus memandangkan hujung bulan ini aku kena hadir kelas di situ. Kemudian, aku nak buat kejutan untuk Mak. Dah 2 hari dia dok sebut pasal ikan bakar kat Pasar Ramadhan Seberang Jaya yang nampak sedap tuh. Aku tau..dia teringin. So aku akan menyeberang ke sana untuk belikan dia ikan itu. Harap2 orang tu masih berniaga lagi. Takut jugak dia dah tutup gerai pasal raya dah makin dekat. Takpala...wa gamble aje. Kalau ada rezeki Mak...insyaAllah dapat la Mak merasa.

Hari dah lewat dah nie. Aku pon nak melayan perasaan jap. Harap2 esok ada la apa2 lagi peristiwa menarik yang boleh aku taip di sini. Assalammualaikum.

No comments: