Sunday, September 7, 2008

Proof Reader

Dari semalam aku menunggu email balasan dari 'proof reader' aku. Janjinya semalam akan diemail kembali pada aku. Tapi sehingga tengahari tadi masih tiada balasan. Walaupun esok merupakan hari terakhir untuk memajukan assignment aku, tapi aku dah niat malam nie aku akan submit secara online.

Nak telefon, nombor sudah bertukar lagipon urusan aku ngan dia memang strictly by email. Aku cuba untuk mencari dia di forum kegemaran dia (bukan AMnet daaa..) tapi tiada. Hmmm...dah boring2 tuh aku pon membaca la posting2 merapu dalam tuh. Kemudian aku tertangkap perkataan2 yang seolah2 mengatakan yang 'proof reader' aku nie baru kahwin. Berdebar sekejap aku. Kemudian datang rasa terkilan dan seterusnya sayu. Terkilan kerana aku tak diberitahu sedangkan aku dengan dia pernah berkongsi sesuatu yang istimewa. Aku juga tak sangka secepat ini dia akan bertemu jodoh kerana kali terakhir aku berbual dengan dia, kahwin adalah perkara terakhir difikirannya. Tapi, kuasa Allah. Siapa yang boleh menghalang. Samada jodoh ini pilihan dia atau keluarga, aku kurang pasti. Aku sendiri tidak akan bertanya. Aku rasa sudah sampai masanya aku tamatkan kontrak 'proof reader' ini. Bukan kerana kerja yang kurang memuaskan tapi aku nak elakkan komplikasi lebih2 lagi dengan status baru dia.

To 'Proof Reader' - You are fired!!!!!!!

p/s: Aku dah submit assignment aku yang huru hara itu....MERDEKA!!!

No comments: