Monday, September 29, 2008

Hujan Yang Turun...

Teringat lagu Allahyarham Sudirman pulak.

Ditambah2 lagi hujan yang amat lebat dari siang tadi. Aku gie Pasar Ramadhan tadi pon dah separa lencun. Nasib baik ada jaket & hood kalis air. Jadi badan tak basah, seluar jeans jek yang basah. Namun, dukacita aku tak dapat memenuhi impian Mak kerana orang yang meniaga ikan bakaq tuh tak menjuai pulak hari ni. Aku ikhtiarkan jugak ke Bertam pasal seingat aku dulu aku penah makan ikan bakaq ngan sotong bakaq baek punye kat sana. Malang sekali lagi orang tu pon tak meniaga jugak. Jadi aku pon patah balik nak ke Pulau sekali jem la pulak kat jambatan. Bayangkan, dari 8 lane nak jadik 2 lane. Uih...mahu ilang sabaq jugak dibuatnya. Tapi pasal hujankan, aku pon sejuk la sikit. Oleh kerana tersangkut lama kat situ, aku pon berbuka dalam kereta aje. Nasib baik ada beli dangai ngan pulut udang. Dedua nie peberet Mak ngan Abah. Aku jamah sikit aje.

Sampai umah...ujan dah renyai tapi aku dah mula sejuk2 badan. Macam nak domam je nie ha. Ni dah dok dalam selimut dah ni. Esok keluarga abang aku nak balik mai sini. Bolehlah aku jumpa ngan anak sedara kesayangan aku, Yaya. Dia dah cakap tadi nak bunga api manyak manyak. So esok nak kena pie cari ler bunga api manyak2 untuk dia.

Hujan masih lagi turun. Dijangkakan akan terus turun untuk dua tiga hari lagi. Sejuknye...amat sesuai untuk melelapkan mata. Jadi...aku nak lelap dulu. Selamat malam dan selamat berpuasa untuk hari yang terakhir Ramadhan ini.

No comments: