Saturday, August 30, 2008

Aku dan 31 Ogos

Sungguh penat rasanya hari ini memandangkan aku berjaga dari malam tadi hingga jam 9 pagi tadi. Kemudian aku terlelap sehingga telefon aku berbunyi jam 12 tengahari. Panggilan dari rumah. Terlupa pula janji dengan Mak untuk mengambilnya dan juga Yaya untuk dibawa ke rumah ini.

Nasib baik aku telah pun mandi awal pagi tadi, jadi terus bersiap dan berdesut terus aku ke rumah Mak. Singgah pun sekejap. Yaya yang tidak berselipar terpaksa aku dukung dibelakang untuk dibawa ke kereta. Kanak2 yang beratnya sudah mencecah 25kg, sungguh mencabar kekuatan aku. Setelah semua bersiap, kami kembali semula ke rumah satu lagi. Janjinya, hari ini Bibik kakak iparku akan tolong membersihkan rumah aku memandangkan agak lama juga rumah ini tidak dibersihkan secara besar-besaran.

Jadi, sebelum Bibik bekerja, aku jamu dia dan juga Mak dengan Bihun Soto. Nasi himpit tengah direbus, tak sempat nak dihidang lagi. Takpa la, nanti boleh diulang makan lagi. "Kurang garam la Na". Mak bersuara. "Tu la Mak, Ina nak boh garam banyak, takut masin. Orang tua2 kata, kalau masak masin nie orang tuh dah nak kawin sangat dah." Aku pula beralasan sambil mengambil balang garam dan menambah sesudu garam ke dalam sup.

Aku turut menerima 6 lagi tetamu, ahli keluarga semuanya. Yaya pon datang lagi sekali bersama Mamanya. Tapi hari ini Yaya tidak mahu dipanggil Yaya. "Panggil Yaya DIBO", Yaya mengumumkan dihadapan Acu-acu, Ngangah dan Tok. Aduh, anak sedaraku sorang nie. Krisis identiti pula dia hari ni. Nak tau siapa Divo yang sebenar? Dia ialah resakse yang kaler perpel dibawah ini. Dia ada zip di badan dia di mana dia boleh mengeluarkan berbagai2 hadiah. Aku pun kebetulan baru semalam dapat melihat cerita ini. Selama ini, nama Dibo sahaja yang aku tau. Tapi, aku rasakan yang Dibo ini lebih menarik ceritanya dari Barney.

Tertido pula aku bila manaip catatan ini. Sedar2 sudah jam 12.30 tengah malam, 31 Ogos 2008. Alahai...terlepas pula nak tengok bunga api 31 Ogos dari beranda rumah. Ada juga beberapa SMS yang ku terima, samada untuk mengucapkan Selamat Merdeka ataupun Selamat Hari Lahir. Namun ku baca SMS ini tanpa rasa apa2. Tidak aku rasa pon seperti hari ini hari yang istimewa. Sama shaja seperti hari2 lain. Cuma ada pertambahan nombor dipangkal umur aku yang masih muda ini...hehehehe.

Sejauh mana telah aku sampai? Rohani, aku rasakan macam semakin kurang sedangkan sepatutnya semakin bertambah. Fizikal, semakin bertambah sedangkan sepatutnya berkurang. Mental, ini mungkin berkadar langsung dengan umur. Cuma pertambahan itu tidak selaju yang aku harapkan. Pengalaman? Tentulah banyak. Manis, pahit, kelat, masin, tawar, semuanya ada. Tidak satu pun yang aku kesalkan kerana setiap satu membentuk peribadi aku yang ada hari ini. Hidup mesti diteruskan.

2 comments:

Anonymous said...

yaya dibo!!!kiut...

happy birthday beb...

LiNa said...

tuh la...dibo@debab..hehehe

tq for the besday wish..