Pagi nie sewaktu perjalanan ke pejabat, aku perasan suasana di jalanraya begitu berbeza. Tiada kereta yang memecut dan bilangan kereta tidak sebanyak selalu. Nie semua gara-gara penangan minyak naik la nie...Aku terkilan sebenarnya pasal minyak naik nie. Dah la pengangkutan awam kat Malaysia nie aku rasa macam tak ada improvement. LRT dan komuter masih sesak dan bas awam tak pernah on time. Jadi, rakyat Malaysia tersepit. Ni macam ibarat harga tol naik tapi lebuhraya tak siap lagi. Sebut pasal lebuhraya, ni lagi satu isu yang aku rasa kerajaan kena buat sesuatu. Kurangkan lebuhraya yang bertol. Kat Thailand, walaupun minyak dia mahal, tapi lebuhraya dia takdak tol. Kat Singapore pulak, walaupun dia ada tol gate (ERP) tapi tol dia tuh tak beroperasi 24 jam. Dia beroperasi sampai 7 malam jek (kalau tak silap aku..). Bagi aku tol tuh pun lebih kepada deterrent untuk tidak menggalakkan rakyat dia untuk berkereta apabila nak masuk ke kawasan Pusat Bandar.
Lepas minyak naik nie, aku yakin akan ada domino effect. Tadi kat berita dah cakap yang lori akan menaikkan servis caj dia dalam 35%. Kalau servis caj naik, tentulah lepas ni harga-harga barangan pengguna akan turut naik. Kalau barangan pengguna naik, tapi gaji masih ciput, macamana kerajaan nak gerenti mende2 nie tak beban rakyat?

No comments:
Post a Comment