Sememangnya orang AlifNunDalYa ini memang putar alam jek kejenye. Kononnya janji untuk membayar ganti rugi tapi hanya tinggal janji. Nasib baik seorang sahabat telah menasihatkan aku untuk buat laporan polis pagi tadi. Jadi aku menghabiskan masa dekat 2 jam di Balai Polis Trafik Jalan Bandar. 2 jam yang amat menyenangkan hati aku.
Ia bermula dengan bahagian penyediaan laporan. Pertama sekali aku kena isi borang details kemalangan. Kemudian, kena tunggu giliran untuk taip laporan pada pc di kaunter. Sementara menunggu tuh, Encik Polis yang bertugas panggil nama2 orang yang nak buat laporan dengan suara yang lantang dan tegas. Dalam hati aku dok kata, cenggeynye Encik Polis nie. Then masa dia pegang borang aku, dia pandang aku je dan terus aku bangun dan ke kaunter. Dia senyum jek dan terus cakap "Tau2 aje saya nak panggil awak ek". Ngehehehehe...So aku pon taip ler report dan sambil tuh Encik Polis tuh dok interview ler. Keje apa, asal mana. Aku layan jek la. Dia boring kot pasal yang ramai dok mai buat report kebanyakan orang laki. Aku ler penyeri tadik....muahahahahahaha...
Once dah siap dan tandatangan report, dia soh aku gi Tingkat 1, Bilik 1 laks. Kena jumpa sorang Sarjan nie untuk soal siasat. Bila aku kat bilik tuh, ada la dalam 5 orang polis trafik dok interview orang. Yang mana satu Sarjan aku nie?? So dalam dok pandang kiri kanan nie, ada la sorang ASP kot (pasai dia pakai baju biru sumer, bukan baju hitam putih macam polis trafik), dia gamit aku. Tanya cari sapa? Aku cakap la nak cari Sarjan. Dia minta laporan aku dan dia pon baca. Pastu dia panggey aku dok depan meja dia. Sembang sikit then dia pon cakap ngan aku. "Saya nak kongsi ilmu sikit ngan awak nie". Banyak jugak ilmu yang dikongsi cuma aku tak terlarat nak menaip apa yang aku dapat dari dia. Ilmu nie lebih kepada macamana nak buat laporan dan juga macamana nak berhadapan dengan keadaan bila kemalangan. Kemudian baru la Sarjan aku sampai ke meja dia. Boleh ASP nie buat lawak, dia cakap kekuat "Sarjan, dia kutuk Sarjan" (sambil gelak2 dan tunjuk kat aku). Sabau jek la...Then aku kena inteview ngan Sarjan pulak. Sempat jugak Sarjan nie cerita pasal Bekam Lintah ngan aku. Then lepas gambar kereta kena amik, terus aku ke PMC untuk appointment ngan Chest Specialist aku laks.
Alhamdulillah selepas diperiksa dan diuji, doktor komen yang bronchitis aku semakin baik.
Then, masuk opis dan kerja seperti biasa.
2 months ago

2 comments:
bekam lintah? ada2 aje datuk sarjan ni tau
atuk sarjan baik tau!!!!! i like...
Post a Comment