Selesai majlis akad nikah, aku dan ahli2 kereta pecut balik ke rumah. Ini adalah bagi membolehkan aku meletakkan kereta di tempat yang strategik. Takut jalan nak masuk ke rumah pengantin sesak. Lepas parking cantik dan baik punye, terus kitorang lepak di bilik pengantin untuk sesi make up kedua. Kali nie pengantin pakai kaler ungu lavender pulak. Make up kali nie pon lain sikit. Untuk akad nikah, make up agak natural tapi untuk sesi bergambar dan makan beradap nie make up dia lebih striking. Kali nie ramai pulak orang nak masuk bilik pengantin untuk tengok pengantin dan juga katil pengantin. Jadi memandangkan pengantin tengah di make up dan belum bersalin baju maka terganggu gak kosentrasi pegantin. Oleh itu, aku secara tak langsung menjadi Jaga dan juga penghadang pintu. Dalam dok jadi jaga tuh, tetiba Nenie, Wan ngan Enon pon sampai. So, terus di usher masuk ke bilik pengantin. Sebaik diorang masuk jek, terus riuh bilik pengantin tuh. Tak larat aku nak gelak ngan bebudak nie.
So selepas sesi make up dan bersalin baju selesai, fasa seterusnya ialah menunggu ketibaan pengantin laki. Pengantin laki pon idok ler jauh mana, diorang ditempatkan di rumah abang pengantin yang selang beberapa rumah aje dari ruman pengantin. Tapi kerana tengahari tuh tetiba hujan turun maka lambat la pengantin laki tiba. Faiz dan adik dia pon kebetulan sampai dalam hujan2 renyai tuh. Memandangkan pengantin laki lambat sampai, apa lagi terus kitorang mengambil kesempatan posing sakan ngan pengantin. Pengantin pon aku tengok takdak gaya pengantin dah. Pengantin patut senyum ayu jek. Paling dahsyat pon nak gelak, mulut mesti tutup sikit. Tapi tidak bagi pengantin kat Mahang nie...gelak besaq sungguh...hehehehe. Ampun Jihan!
Bila pengantin laki sampai, hujan masih renyai2. Sebagai orang tertinggi dikalangan rakan2 pengantin, maka aku turut diberi tugasan memayungkan pengantin. Of course aku tau si Wan ngan Enon dok kutuk aku dari atas umah. Ada ka patut depa kata aku posing lagi over dari pengantin?? Tapi memang over pon. Aku tau si Nanie dok tangkap gambaq guna kamera canggih dia...tuh yg aku over tuh...muahahahaha.
Kemudian sesi bergambar dengan keluarga pengantin laki dan perempuan, pehtuh ngan kengkawan pulak. Tang sesi bergambar ngan kengkawan nie besh pasal ada dua version gambar. Satu gambar skema dimana sumer kontrol ayu dan ensem dan satu lagi posing 'giler' dimana semua orang posing ikut suka ati jiwa diorang jek. Tak rasa macam tangkap gambo kawen la pulaks.
Lepas tuh sesi makan. Memandangkan aku ngan Juli tak makan dari pagi, so memang lapaq giler. Kitorang dah boh nasik kat pinggan baru la Jihan ajak makan kat meja pengantin. Tapi kitorang tolak la pasai kesian nasik kat pinggan tuh. Terlepas peluang makan ayam golek ngan udang panjat!!!!
By kul 5 petang kitorang pon peluk cium pengantin, kakak2 dan adik pengantin sebelum meminta diri. Masa bayar tol hiway Kulim tuh siap kena tego ngan operator tol tuh "Boria balik dari kenduri mana nie?". Hehehehe. Kul 6 petang dah sampai kat Hotel Sunway Seberang Jaya.
Tamat
2 months ago

No comments:
Post a Comment