Wednesday, May 7, 2008

Cuci Keta

So malam nie takdak show abang-abang Bonjoza so aku dok hotel layan Star Movie jek la. Lepas tuh rasa macam nak hantar kereta cuci aje pasal tadi masa aku letak kereta kat pejabat BP banyak la pulak burung tembak diorang punya bahan buangan. Tak cun sungguh bahan2 buangan itu. After Isyak aku pon pergi la kat satu tempat cuci kereta 24 jam kat Jalan Yahya Awal. Depan Shell aje.

Kenapa aku pilih tempat tu? Pertama sekali, aku dah lalu tempat tuh banyak kali dan setiap kali aku lalu tak pernah tak ada customer. So kiranya aku tak perlu risau aku sensorang. Keduanya, kalau aku sensorang pon, tempat tuh memang banyak lampu jadi agak terang.

Adakah aku akan pergi lagi? Definitely! Aku pueh hati. Depa buat kerja laju dan bersih berkilat kereta aku. Aku baru buat 2 puzzle Sudoku dah siap. Tapi yang aku paling suka ialah tiada bau masam peluh atau pon minyak bijan dalam kereta aku (I am referring to the cleaner's smell) sebaliknya bau wangi yang amat menyenangkan hidung aku. Dan tentunya harga dia yang berpatutan iaitu 8 hengget!

No comments: