Pada jam 6.00 petang semalam, satu perlawanan sengit telah berlangsung dimana pasukan KOSi telah menentang pasukan TiDO. Semalam memang menguji kesabaran, bukan saja pemain malah penjaga masa dan mata juga kerana terpaksa mengharungi perlawanan dalam keadaan hujan dan padang yang basah. Pada separuh masa yang pertama pasukan KOSi telah mengawal permainan dengan mendahului 4 mata berbanding dengan pasukan TiDO yang hanya memperolehi 2 mata. Setelah 15 minit berlangsung kedua-dua pasukan diberi rehat selama 5 minit dan ketua pasukan masing-masing mula mengatur perancangan untuk mencari mata tambahan. Dalam perlawanan separuh masa kedua, pasukan TiDO mula mengatur rentak permainan dan mengawal permainan dimana 1 demi 1 gol dijaringkan dan terima kasih kepada referee perlawanan semalam iaitu Izza kerana berjaya mengawal permainan sehingga tamat. Oleh yang demikian, perlawanan semalam berkesudahan dimana
KOSi - TiDO
5 - 7
5 - 7

No comments:
Post a Comment