Friday, April 11, 2008

Movie Night

Kali nie, urusan kerja di JB tidaklah seteruk dari sebelum ini. Aku dapat balik pada waktu normal dan tugasan yang dirancang berjalan dengan lancar. Alhamdulillah. Ada juga aku berkomunikasi dengan Keet di Pantai Timur yang melaporkan beberapa masalah besar di tapak kerja. Namun memandangankan perkara tersebut diluar bidang tugasan jadi aku minta mereka skip dulu dan teruskan ke tugasan seterusnya.

Oleh kerana aku pulang pada waktu normal, jadi bolehlah aku menjalankan kehidupan normal di bandar JB ini seperti menonton wayang. Tapi sebelum aku ke wayang, sempat juga aku melencong ke Jakel JB untuk mencari kain yang ada ciri-ciri warna ungu untuk dibuat baju sempena majlis kahwin G-han bulan Mei ini. Belek punya belek, nampak gayanya mata aku berkenan dengan paten ini sahaja. Kalau dilihat bawah cahaya lampu putih, bunganya nampak warna ungu, tapi bila dilihat bawah cahaya lambu kuning ia bertukar menjadi kaler pink. Mungkin balik dari JB nanti aku nak singgah jumpa Aunty Nilai untuk tempahan kurung moden.
Jadi, selesai urusan kain, aku bergerak ke City Square untuk tengok wayang cerita 27 Dresses. Lagipon ada kawan yang berminat nak tengok sekali.

Memandangkan tak sempat makan malam, jadi beli la jajan sikit buat alat perut.


Aku suka ke cerita tersebut?? Cerita tersebut menghiburkan. Sesuwey untuk orang-orang yang tak nak berpikir macam aku. Almaklumlah, seharian dah penat berpikir jadi bila malam biarlah kepala nie rehat. Dan kesimpulan dari rakan sewayang aku tadi, "kalau suka, jangan simpan. Luah aje." Kalau korang tengok, korang akan paham la kot statement tuh. So, malam dah nie. Nak gosok seluar kerja dan terus menghanyutkan diri di alam mimpi.

No comments: