Hari nie barulah aku berkesempatan dapat makan dengan tenangnye, memandangkan hari nie aku tak kerja. Pagi tadi aku tak makan kat hotel, tapi aku makan nasi lemak enam kupang (60 sen la kata orang KL). Macam tak caya jek ada lagi nasi lemak harga macam nie kat Mesia nie. So apa lagik...aku makan la 2 bungkus. Balas dendam namanye nie kerana dah berapa hari aku macam kurang selera. Lepas semalam kerja kat Kangar dan Alor Setar siap dengan jayanya, slowly2 selera aku dah mula datang kembali.
Dalam pukul 11 pagi aku bergerak ke Penang. Balik kampung sat, pasal ada urusan keluarga yang perlu disetelkan. Sampai kampung, Pak Su dan Mak Su meyambut kedatangan aku. Mak Su tanya, nak makan nasik ka? Aku kata takmo...nak makan mee mamak. So apa lagi, Pak Su pon tolong la belikan mee goreng mamak yang pemes kat sini. Sedap wooo....tak jumpa lagi mee mamak yang sedap camnie kat KL.
2 months ago

2 comments:
Az...ko nih mmg suka amik gambar makanan ek...
selamat makanla ek
makan adalah hobi part time aku la wani...hehehe
Post a Comment