Pagi tadi aku ke Klinik Idzham lagi. Nie dah masuk kali ke 6! Aku tau...aku tau...mesti korang kata dah tau tak baik2 jugak...pie la Doktor lain. Aku malas nak ke Doktor lain pasal klinik ni dah ada rekod sakit aku apa dan ubat apa dah dibagi. Lagipon tadi pergi untuk minta beberapa ubat spare masa aku outstation nanti, esok to be exact. Dan aku ada la ngadu kat dia kata malam tadi aku tetiba terjaga dan batuk tak henti2. Terus doktor soh aku gie X-ray kat Ampang Park. Just to confirm yang aku nye chest cavity is clear dan Alhamdulillah...the result was OK. Aku notice satu pattern batuk aku nie. Bila balik outatstation mesti batuk aku akan teruk. Aku saspek pasal aircond hotel yang amat la sejuknye walaupon aku dah off. Kali nie aku nak break pattern tuh. Doktor dah bagi ubat tambahan sebagai bekal aku outstation nie.
La nie aku dok kat opis lagi pasai ada Olimpik nye torch run kat KL. So banyak jalan ditutup secara berperingkat sampai kul 7 malam. Baik aku Maghrib sesiap. Sonang hati sampai umah nanti. Nak kena ke umah mak amik beg dulu. Tadi gie keje pon kena pinjam baju kurung mak pasal aku tido umah parents semalam. Nasib baik tak senteng baju nie.
Satu lagi sebab aku kat pejabat lagi nie, pasal aku nak jumpa sorang bos nie nak tanya apa mende yang aku kena setelkan by esok. Dah esok aku takdak, jadi aku nak setelkan malam nie jugak. Dia pulak kat dalam bilik mesyuarat, tak keluar2 lagi. Ngantuks aku nunggu.
Masuk waktu dah nie. Bersambung kemdian....
2 months ago

No comments:
Post a Comment