Jadi, sebaik sampai di rumah, Pak Su pon terus kaitkan buahnya untuk aku. Tugasan aku ialah membuat sambal belacannya. Jadi berikut adalah resipi Cermai Sambal Belacan.
Pertama sekali, tumbuh buah-buah cermai ini sekadar untuk pecahkan dia sahaja. Bukan ditumbuk sampai lumat..itu cermai hancuq namanye...
Kemudian, sediakan bahan-bahan ini. Kicap, gula, kuah rojak, cili merah, cili padi dan sedikit belacan. Cili merah 2 biji, cili padi 5 biji dan belacan ditumbuk lumat di dalam lesung batu. Kalau ada lesung kayu pon boleh ler. Kemudian, masukkan kicap, kuah rojak sesudu dan gula dua sudu besar ke dalam lesung dan kacau-kacau hingga sebati ngan anak lesung tuh.
Dah sebati, baru masukkan ke dalam buah cermai yang ditumbuk tadi dan kacau lagi hingga sekata. Dah sekata, korang NGAP AJE!!!!

No comments:
Post a Comment