Malam terakhir aku di PD aku demam. Yang tak beshnye, demam aku demam yang sakit satu badan. Aku saspek, nie penangan main bola jaring hari khamis ari tu. Lepas demam dah kebah batuk pulak yang datang. Mungkin kerana terdedah pada kesejukan kondo di PD minggu lepas. Dan sehingga hari ini batuk tak henti2. Sempat la buat air dengan madu yang Chee bagi hari tu. Lemon abis la pulak. Alhamdulillah...lega sikit tekak ni. Aku tak kisah sangat batuk nie kalau aku dok opis saje. Tapi kerana aku akan ke luar stesen hari Rabu nie aku agak risau. Pasal kat hotel nie, aku off air cond sekalipon sejuk dia memang terasa. Kompom makin melarat batuk nie. So, esok aku nak jumpa Doc Idzham, doktor peberet aku. Nak ngadu ubat dia tak cukup power...ngehehehe.
Aku akan ke Johor lagi minggu nie dan sebaik sahaja urusan di Johor selesai aku mungkin kena ke Utara pulak. Jauh tuh!!!!!!!! Takpo la....lagipon lama tak balik kampung makan nasi kandaq.
Nasi Kandaq here I come!!!!!!!!!
2 months ago

No comments:
Post a Comment