Tuesday, April 15, 2008

Batuk Telampau

Wah....satu rekod pula aku rasakan bila tak berblog sehari. Bukan sengaja. Penat yang amat badan dan kepala nie. Ditambah dengan batuk kokol yang tak henti2 nie.

Semalam, aku selamat tiba di KL lebih kurang jam 9 malam. Terus ke rumah mak dan abah untuk menghantar buah tangan. Lagipon rasa wendu pulak bila outstation lama2 nie. Ingat nak tido umah parents jek semalam, tapi takdak baju kerja spare pulak. Jadi badan yang tak larat, aku pon balik ke rumah satu lagi. Unpack baju, vacuum umah sikit, then terus aku tido tanpa mandi. Aku bukan sengaja tak nak mandi walaupun ada air panas, tapi batuk aku teruk sangat malam tadi. Takut memudaratkan keadaan yang sedia ada. Aku tido, tapi bukanlah tido yang nyenyak. 3 atau 4 kali jugak aku terjaga kerana batuk yang tak henti2. Kronik ek bunyinye...

Tadi aku pergi lagi ke klinik. Kali terakhir aku ke klinik ialah sebelum aku ke JB minggu lepas. Antibiotik, ubat batuk dan beberapa ubat lain yang diberi minggu lepas, semua habis dimakan. Tapi batuk masih tidak kurang. Jadi, terpaksalah jugak aku ke klinik yang sama buat kali ke 5 dengan harapan kali nie biarlah sihat betul. Ujian sungguh kali ini, aku redha. Aku tak mengeluh, cuma aku kesian pulak dengan orang di sekeliling aku. Dah la kena dengar bunyi batuk yang tidak seperti muzik ini, lepas tu aku takut la jugak sekiranya terjatuh sakit pulak mereka-mereka itu kerana batuk aku. Tawakkal jek la, sakit dan sihat nie bukan datang dari manusia kan. Aku dah pon makan ubat 4 jenis tadi, dan ada harapan aku akan tido awal malam nie. Jadi, sementara menunggu Maghrib, aku menulis seketika.

Berhenti sekejap. Solat Maghrib dahulu.

No comments: