Sunday, March 2, 2008

Soto Part 1

Dah nak masuk subuh dah jap lagi....dan aku masih berjaga.

Memandangkan pas Subuh aku mesti akan tido...so aku better siap2kan bahan2 untuk soto aku arinie. Bahan2 untuk begedil sudah siap. Ubi kentang yang di hiris tebal dan digoreng, daging cincang yang dah direbus, daun bawang dan daun sup, bawang goreng, garam dan lada secukup rasa.

Kenapa aku tulis bahan-bahan tu kat sini?? Pasal aku takut aku lupa, dan mende nie aku tak tulis dalam buku. Pakai hafal kat kepala aje.

Supnye, kejap aje. Perencah kan dah ada. Tinggal nak boh ayam sahaja.

So aku kena tunggu pas subuh untuk aku tumbuk kentang tuh bagi hancur dan digaulkan sekali ngan bahan-bahan di atas. Nak tumbuk la nie...kang bising orang bawah kang. Ingat sapa la tumbuk sambal belacan pepagi buta...hehehe.

Sementara nak tunggu matahari cerah sikit, nak abiskan lagi menggosok baju. Hari Isnin aku dah ke Kuantan dan kemungkinan besar kena terus turun je JB. Kawan aku kat Pekan dah warning, musim hujan kat sana. Air naik. Harap2 jalan Muadzam - Rompin tak naik la airnya. Aku nak pusing dr Kuantan-Muadzam-Rompin-Mersing-Kota Tinggi-JB. Jauh tu. Dulu aku dah penah jalan ikut situ. InsyaAllah okay. Jalan dah cantik and lebar.

Hmmm....sian kereta. Jangan la dia buat stunt overheat lagik.

No comments: