Sunday, March 16, 2008

Sabtu dan Ahad

Sabtu dan Ahad yang penuh dengan aktiviti bersosial.

Tengahari Sabtu gie tgk movie dan kemudian makan tengahari kat kampung Anaz. Tenkiu Anaz, kenyang aku makan semalam!

Petang lepas Asar, aku terus ke Shah Alam untuk ambil Jihan dan bawak ke bengkel cat kereta. Kereta dia dah siap. Lepas parking kereta kat area rumah Jihan, kitorang ke Pantai Dalam dengan harapan nak tapau Nasi Kukus untuk dinner kat rumah Zuly. Sekali tutup la pulak. Ni dah kali kedua dah cubaan untuk beli nasi kukus untuk Zuly tapi gagal jugak. Memang takdak rezeki sungguh Zuly nak makan.

So Plan B ialah gie ambil Zuly kat Serdang dan makan kat Taman Warisan Putrajaya. Kitorang order Roti John 2 biji, sate 10 cucuk, dan Len Chee Kang 3 cawan. Kenyang, Alhamdulillah.

By kul 10 malam, Inah msg aku dan inform yang dia tak jadi datang KL. Nampak gaya Anjang (mak Inah) berat hati dan sedih sensangat nak bagi Inah pergi. Aku pon cakap, tak yah lah mai. Mungkin buat masa nie Anjang perlukan Inah kat sana. Lagipon, restu mak ni penting. So burn la tiket kapal terbang.

Jadi, semalam aku Zuly ngan Jihan berleisure2 kat umah Zuly sambil catch up cerita2 lama. Lama dah tak jumpa bertiga nie. Jadi, bila dah jumpa tuh panjang la kisahnya.

Pagi ni Zuly dah masak meehoon untuk breakfast. Tengahari dia masak daging salai masak lemak, sayur goreng dan ayam goreng berserta jus tembikai. Lazat tui. Sementara nak tunggu depa nie mandi (dah tengahari baru nak mandi....ish...ish...ish), aku memblog la sekejap.

No comments: