Aku masih dipejabat. Hujan lebat di luar menghalang aku untuk bergerak. Tidak guna memandu dalam keadaan hujan di kota metropolitan ini. Nanti angin amarah yang datang.
Untuk membuang masa, aku siapkan beberapa laporan untuk disemak oleh ketuaku minggu depan. Harap-harap tiada masalah.
Pada masa yang sama, kepala ini masih mencongak-congak susunan jadual kerja untuk pasukan kerja dan diri sendiri. Penuh... Macam mana mahu menyiapkan kerja-kerja yang banyak dalam jangka masa yang singkat? Pening dibuatnya.
Penat mencongak, aku melayari internet. Membaca cerita-cerita politik semasa. Makin tenat. Apa akan jadi dengan tanah airku?
Tiba-tiba jiwa dan minda aku rasa kosong. Tiada perasaan. Aku hanya mahu melelapkan mata dan rehat seketika.
Banyak perkara yang datang hari ini, samada peribadi atau kerja. Tapi aku lebih suka fikirkan perkara kerja. Perkara peribadi terlalu rumit untuk diselesaikan. Biarkan ia disatu ceruk.
Bila aku rasa aku mahu muhasabah, bila rasa aku mahukan jawapan, baru aku akan keluarkan ia dari ceruk itu.
Aku bukan lari dari masalah, cuma biarlah masalah yang kecil, dibiarkan kecil. Tidak perlu dibesar-besarkan hingga memakan diri. Memakan kegembiraan hari ini.
Mungkin masalah itu boleh memberikan kegembiraan sekiranya aku bijak menyelesaikannya. Tapi, aku tidak mahu itu buat masa ini. Terlalu rumit.
2 months ago

No comments:
Post a Comment