Wednesday, March 5, 2008

Kuantan - JB

Penat giler aku nie....nak tido pon tak bleh nie.

Urusan di pejabat Kuantan selesai jam 5.45 petang. Kemudian , aku dapat panggilan dari 2 orang sahabat untuk makan Murtabak Mengkasar kat Bukit Sekilau. Murtabak ni amat popular di Pekan dan kebetulan adik atau abang dia buka satu lagi kat Kuantan. Jadi kebetulan aku dah lama mengidam, Alhamdulillah dapat la jamah tadi. Kemudian dalam jam 6.30 petang, aku dapat panggilan telefon memaklumkan yang mesyuarat hari Khamis dipercepatkan ke Rabu. Jadi, terus aku bergerak dari Kuantan ke JB dalam gelap malam dan hujan renyai di negeri Pahang. Sebaik tiba di Mersing, cuaca dah okay. Aku risau juga tadi bila memandu, kerana ada dua area aku cuak sikit pasal gelap giler. Satu area tu antara Pekan - Rompin dan satu lagi antara Mersing - Kota Tinggi.

Aku rasa Allah pon tahu niat aku nak ke JB kerana tugasan. Kebetulan masa aku tiba di Mersing, ada satu Toyota Camry plat JEE 8**9 ada kat depan kereta aku. Jadi kebetulan kelajuan dia sama dengan kereta aku, dalam 90-120km/j, apa lagi. Aku pon ikut je kereta tu. Kemudian aku rasa dia tau kot yang dok ikut belakang dia pompuan, so dia bagi aku potong and then dia escort kereta aku all the way sampai JB. Jadi bila tiba di bandar JB, dia pon menyusur ke Taman Johor Jaya sambil melambai2 kat aku....Baik tul kereta tuh. Aku terharu....huhuhuhu.

Aku sampai JB dalam 11.15pm, terus melencong ke Danga Bay nak check malam nie show siapa. Sekali Bonjoza daa...so aku layan. Masa break, Romal ada singgah jap sembang ngan aku. Dia cakap, "Saya dah tengok kat youtube". Wah...sungguh ku tak sangka...

No comments: