Sunday, February 24, 2008

Singgah Pejabat

Sepatutnya aku dah bergerak pagi tadi ke JB. Tapi memandangkan semalam aku tido dalam kul 3 pagi pasal cari bahan maka pagi tadi aku sengaja bangun lambat. Tak nak nanti waktu memandu menguap2 tahan ngantuk. So aku bangun dan terus mengemas baju. Lepas siap2 terus ke rumah mak untuk makan (bahagianye idup...asal nak makan jek gie umah mak...hehehe).

Kat umah Mak aku makan serba sedikit untuk alas perut, sementara Abah tolong tengokkan minyak enjin, air dan angin keta. Ish....manja tui aku nie. Sebenonye, dari dulu lagi aku nak buat mende2 tuh, tapi Abah tak caya kot ngan aku nie. So bior la...kalau aku dah buat pon, Abah still akan double check jugak. Jadi, lepas abah mengisytiharkan semuanya okay, aku pon salam Mak dan Abah dan terus ke pejabat.

Aku ke pejabat nie pon pasal tertinggal dokumen untuk mesyuarat esok. Lagipon bolehlah aku nak solat jama' qasar siap2. Nanti dah sampai JB tak yah nak kalut2 solat dah. Ditambah lagi aku tak bercadang untuk membuat banyak pit stop ari nie.

Malam nie, kalau larat, aku nak gie tengok Simply Acoustica lagik. Layan blues sensorang. Malas aku nak ajak assistant aku, banyak ngomel kang.

OK, final check. Email dah check, dokumen dah masuk beg, hotel dah call inform check in lewat, claim dah letak atas meja kerani. Hmmm...sumer dah siap.

Apa lagik...babai sumer!!

No comments: