Pilihlah pasangan kerana agamanya kerana ia umpama kamu berteduh di pohon yang rendang.
Kata-kata ustaz yang menyentuh jiwa aku siang tadi. Rasanya semua orang tahu, dalam memilih pasangan ada 4 faktor yg selalu dipandang ;harta, rupa, keturunan dan agama. Zaman sekarang, ramai yang silap memilih harta, rupa dan keturunan tanpa mengambil kira agama dan akhirnya kecundang dalam perkahwinan.Moga-moga aku dijauhkan dari membuat kesilapan yang sama.
Moga-moga aku dipertemukan dengan insan yang mampu membimbing diri ini yang serba kekurangan untuk ke syurga.
Moga-moga Allah membuka mata dan hati aku untuk menerima orang itu bila tiba masanya nanti.

2 comments:
aku plak malas mo pk hahahha
ko tak yah pikir....dah ada Boe dah..
so go with the flow~~~~~~
Post a Comment