Saturday, February 23, 2008

Naik Keta Baru

Jangan saspen.....bukan kereta aku. Kereta adik aku. Rupanya semalam dia dah dapat kereta Proton Saga BLM M Line yang dia order, silver in colour. Nasib dia baik coz waiting list dia kejap aje. La nie dengar citer waiting list untuk keta ni dah jadik 9 bulan.

So review aku...err...err...aku tak pandai review keta la. Yang aku tau keta nie bila aku drive tadik rasa macam tinggi jek compare ngan keta cabuk aku. Dan tentunya lebih luas berbanding keta lama adik aku iaitu Iswara. Tadi adik aku bagi peluang aku drive keta tu dari umah dia ke umah parents aku, pasal dia nak drive keta Iswara tuh untuk dihantar ke umah parents aku. Kereta auto kan...so takdak masalah. Cuma tadi aku rasa betis aku mcm cramp sket pasal pedal break dia mcm tinggi so everytime aku nak tukar between pedal accelerator ngan pedal break aku kena angkat kaki tinggi sikit. Ke pasal aku tak adjust seat bebetul tadik? Pedulik la...yg penting aku selamat bawak kereta tuh sampai umah tanpa sebarang kecederaan. Dan mungkin, tadik jek peluang aku nak pandu kereta tuh.

.
Jadik bos jap

Memandangkan adik aku dah dapat keta baru, la nie aku pulak dia dok racun untuk tukar keta. Keta Satria aku nie dah nak masuk 9 tahun dah. Masih setia berbakti dan bagi aku masih kuat lagi. Cuma aku notice temperature keta ni dah tinggi sikit berbanding dulu. Ye la...dah tua tapi kena keja keras jugak. Nostalgia betul aku ngan keta nie. Keta nie lah yang bawak aku masuk ceruk hulu setiap negeri kat Mesia nie demi tugasan aku. Keta nie jugak dah berapa puluh kali kena saman. Keta nie pon dah beberapa kali eksiden tapi masih gagah jugak membawa aku. I lap u, my beloved keta (keta aku takdak nama manja).

Tukar keta baru dah menjadi dilemma semenjak tahun lepas lagik. Arituh dah sipi2 nak tukar masa dekat2 raya, tapi adik aku kata hold dulu pasal dah hujung tahun. Rugi, nanti nilai kereta depreciate cepat pasal beli in 2007. La nie dah 2008 dilemma tuh datang balik tapi aku lak rasa macam tak perlu. Bagi aku, sebab utama aku nak tukar keta ialah untuk keselesaan parents aku especially time balik kampung. Oleh kerana adik aku dah tukar keta baru jadi aku tak rasa terpanggil sangat untuk tukar keta. For now, selagi kereta yang aku berkenan tuh tak ada promotion, selagi tuh wa pulun Satria wa jek.

No comments: