Tuesday, January 1, 2008

Penatnye.............

Penatnye ari nie.....aku dah lama tak rasa penat camnih.

Nie demi menemani G-han untuk misi dia mencarik sejadah, telekung, selendang dan kasut kaler ungu sempena majlis dia bulan 5 nanti. Ada gak gambor aku tangkap...tapi guna kamera G-han. Bila dia email nanti baru ler aku upload ek.

Aktiviti aku bermula sebaik sahaja G-han kal soh gerak. So aku pon naik la lrt yg dah lama aku tinggalkan. Bila sampai kat stesen Masjid Jamek aku pon ngan kompidennye berjalan ngan pantas untuk ke destinasi. Skali bila kuar tuh aku blank...awat jalan len macam jek nie. 3 kali aku kal G-han mintak direction...last2 baru jumpa jalan yg sebenar. Sememangnya aku nie bukan org KL sejati..hehehe. So memandangkan G-han ngan Zuly dah tunggu kat Semua House...so aku pon menyusup ngan jayanya untuk sampai ke destinasi. Once dah jumpa....tempat pertama yg kitorang nak carik ialah tempat makanan. Aku suggest restoran Insaf sebelah KFC tuh. Lapo beb...org sesat jalan lah katakan. Then G-han kata....bukan restoran tuh ada kontroversi ke pasal boh spender dalam kuah depa. Aku cakap, aku baca Restoran Pelita yg buat tuh. Kesimpulannya cerita tak betul la kot. So kitorang g Insaf n order Nasi Beriani Ayam ngan Tembikai Laici. Makanan licin kitorang telan. Nak kata sedap mcm selalu aku ngan Zuly rasa mcm ada yg kureng. Then bleh Zuly buat lawak "Depa tak bubuh spender kot ari ni?" hehehehe

Setel tuh G-han berjaya mendapatkan telekung dan sejadah then untuk tudung aku suggest depa try tgk kat Munawarah dulu. So dalam hujan KL yg lebat, kitorang redah ke Tmn Tun. Sampai kat kedai tuh, Ziela Jalil pon ada dok mencari tudung n jubah kot. Kitorang buat hal kitorang mencuba apa2 yg patut. Dekat sejam kat situ tanpa membeli apa2 kitorang pon bergerak ke 1utama untuk misi mencari kasut purple.

Kat sini la cabaran bermula. Baru ku tau susah betul nak jumpa kasut bertutup kaler purple. Lebih dr 20 kedai yg ada kasut kitorang masuk, tak jumpa2 gaks. Last2 masuk kedai kasut yg paling last kitorang jumpa...ada laks kasut ungu. Tapi takdak saiz pulak. Kena gie Mid Valley untuk amik saiz n kaler yg diidamkan. So pecut ke Mid Valley pulak. Sampai sana G-han masuk amik kasut....aku bawak keta dia tawaf Mid Valley sementara nak tunggu.

Then pas dapat kasut....terus ke Kedai Makan Rosdet (tepi Hotel Koperasi Polis kat Chow Kit) untuk masakan Thai. SEDAPPPPPPPP WOOOOOO. Kerana terlalu lapar dan tergoda ngan aroma tom yam dan lauk2 lain...sorang pon tak ingat nak amik gambo. Korang imagine, sampai kering kuah tom yam tuh kitorang makan. Ikan pon tinggal kepala ngan tulang. Selain tuh, kitorang makan sutun celup tepung, ikan siakap 3 rasa ngan kailan ikan masin. Nyum...nyum....harus aku datang lagik. G-han dia tak makan banyak. Dia terkena daulat aku pasal petang tadi lepas Munawarrah dia ngan Zuly telah memperkacangkan aku....muahahaha.

So in the end aku sampai umah dalam kul 10.45 mlm dalam keadaan penat dan kenyang. Aku dah pasang niat nak posa esok kerana overdose makan tadik. Nie baru mandi n solat....pasni nak tido. Kompom nyenyak malam nie....

No comments: