Mangga, limau mandarin ngan kopok kapal terbang (org penang panggey la...). Aku dah makan bekal mangga ngan asam tuh. Kopok kapal terbang dah tinggal 3 jek...ingat nak bagi Farah. Orang lain aku dah offer dah. Limau mandarin kena KIV pasal aku sakit tekak nie. Maybe outstation semalam aku dehydrated. Nak cakap pon malas....perit nie ha.
Malam tadi aku tido lewat lagik.....dekat 3 pagi baru lelap. Sebelum tuh dok layan tv sambil baca2 forum. So aku dalam dok nak lelap tuh tetiba pintu toilet aku yg tertutup terbukak. Terus terjaga aku. Pintu toilet aku nie jenis lipat dua tau...bukan pintu biasa tu. So kira bila dia terbukak dia terlipat dua la. Aku terus ler bangun gie cek...angin ker apa. Takdak apa2 la pulak. Maleh aku nak layan. Aku pon terus tutup n lock pintu tuh dr luaq. Kaco betul feel tido aku. Pagi tadi 6.15 aku dah jaga, siap2, gosok tudung sat n potong buah mangga sebijik. Tunggu G-han siap and then terus ku pecut melalui Jalan Kuching. Jem mcm biasa but on time aku masuk opis.
Call Zuly nak inform pasal MAS Travel Fair bulan 2 nie so that dia bleh start calling2 kabel2 dia untuk check berapa harga tiket ke destinasi impian kitorang. Currently harga pasaran 3.6K. Maheynyeee......So hopefully masa Travel Fair kang price tuh kurang banyak ler. Then Zuly remind kan aku untuk call tempat yang kitorang nak pie esok. Aku dah call and diorang bukak kul 9pg. Tapi pasal nak elakkan queue panjang...kena ajak Zuly gie awai sket. Peta aku dah print. Kira ready to go dah nie....harap2 Allah permudahkan urusan aku esok. Amin....

No comments:
Post a Comment