Tuesday, January 29, 2008

Catatan Tengah Malam

Aku dah selesai berkemas. Tidak banyak pakaian yang perlu aku usung di dalam beg peach aku untuk perjalanan semalam sahaja. Hoodies, dockers, track bottom, t-shirt, sehelai tudung hitam serbaguna dan pakaian wanita secukupnye termasuk satu bag toiletries yang diperlukan.

Pagi nanti aku akan ke pejabat seperti biasa. Senarai kerja yang perlu disiapkan oleh org kanan aku sebelum ari khamis telah aku email petang tadi. Sementara menunggu orang yg aku nak tumpang ke JB abis meeting, aku perlu review lagi sekali plan kerja yang perlu dibincang dengan Abg Man di JB nanti. Reservation hotel perlu dibuat sebelum bertolak. Masih keliru antara Hyatt atau Puteri Pacific. Kalau nak ketenangan dan pemandangan yg cantik rasanya Hyatt ialah pilihan terbaik tetapi kalau mencari kemudahan serta aktiviti yang happening mungkin Puteri Pacific lebih sesuai. Tunggulah mood aku pagi esok mau yang mana....

Penyelesaian tentang masalah di PJ telah diforwardkan pada Azrol untuk diteliti. Kalau beliau setuju kita akan buat ujian sekali lagi. Moga-moga berjaya kali ini. Dah lama sangat tertangguh projek yang satu ini kerana ujian tak habis2 dijalankan tanpa penyelesaian yang muktamad.

G-han dah lama diulit mimpi di dalam bilik merah jambu. Aku? Mata yang masih cerah sedang memerhatikan warna biru di dinding yang sepatutnya mendatangkan ketenangan tetapi tidak. Kekusutan yang melanda. Difikiran aku berlegar-legar isi kandungan email dari seorang sahabat yang baru aku kenali. Apa langkah aku seterusnya...bertindak segera atau bertangguh lagi?

6 comments:

Taichee~@! said...

Salaam...

Kalau aku jadik ko aku suka ketenangan dan kemewahan yg kompeni bayo, HYATT rocks man! Aku suka swimming pool dia lagi..aku suka SPA kat sana..lalalala~@!

Anyho, aku pun patot buat plan nak gi satu Malaysia, tapi tak buat lagi...adess..napa la ada virus M ni?

pssst: cuba ko tuko kaler bilik to Coklat! mmg tenang wa cakap lu~@!

LiNa said...

ceklattt???

ala chee...fengshui kata aku nie kena kaler biru laaa....hahahahah

aku pon mcm berat ke Hyatt nie....Hyatt here I come!!!!!!

Anonymous said...

Hyatt best oooo.... dok sebelah kubur ! wa ka ka ka...

LiNa said...

tuh yg besh tuh uncle...ada teman tido....ehehehe

Unknown said...

kak inaaa...
rahsia yer???!!!eheheheh

LiNa said...

aida.....wahsia besauuuu!!!!