Tuesday, November 13, 2007

Renungan hari Selasa....Jodoh (Edited Version)

Got this from an email in 2004.
I kept it coz sumtimes I need to be reminded
of why things is the way it is.....

Oleh : Dr HM Tuah Iskandar Al-Haj

Jodoh tiada kaitan dengan keturunan.
Hanya belum sampai masanya.
Ia bagai
menanti jambatan untuk ke seberang.
Kalau panjang jambatannya
jauhlah perjalanan kita.
Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat.


Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu
benar2 membahagiakan.

Bahagianya mungkin ada tapi
deritanya juga datang sama.
Semua benda,
pasti ada baik buruknya.
biasalah macam tak biasa........
ada akal gunakan lah akal yg

diberikan Allah.

Demikian juga perkahwinan.
Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama,
sunnah Nabi,
sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat
di samping
membina sahsiah dan sebagainya,
tapi ia juga buruk sebab ramai org

yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.
itu statement untuk orang yg kurang ilmu agamanya.
dengan berkahwin
banyak yg bahagia.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja
melangkahkan kaki ke alam
berumahtangga.
Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan

hubungan kelamin,
tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak?

Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya,
anda membina dosa seterusnya
jambatan ke neraka?
kita bukannya tuhan untuk menentukan
masuk neraka atau syurga,
itu
urusan allah
orang yg berkahwin tetap ada kelebihan

dari pahala amalan hinggalah tanggungjawab bonusnya
semua
berganda.
after plus minus = masih untung lagi.


Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2
padahal dahulunya
mereka bermati-matian membina janji,
memupuk cinta kasih malah ada

yang sanggup berkorban apa sahaja
asalkan segala impian menjadi nyata?

orang yg normal dan beriman tak pernah menyesal,
sebaliknya
bersyukur.

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri
tidak usah berkahwin dulu.

Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk
bergelar ibu ataupun ayah,

belajarlah dulu.
Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar
dgn kerenah
anak2,
carilah dulu kesabaran itu.
Jangan berkahwin dahulu sebab
kenyataannya
ramai yang tidak bersedia untuk melangkah
tetapi telah
melompat,
akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar
berpaut
tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat
bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2
bagi yang menjadikannya
gelanggang untuk mengukuhkan iman,
mencintai Tuhan dan menjadikan syurga
sebagai matlamat.
Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan

kepada kesempurnaan insan -
bagi yang mengetahui rahsia2nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya,
bukan berkahwin kerana perasaan
dan mengikut kebiasaan.

Jodoh usah terlalu dirisaukan,
tiba masanya ia
akan datang menjemput,
namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar

jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang.

No comments: